Thursday, October 30, 2025

Kenapa Telinga Berdesing? Ini Jawapanya

1. Apa Sebenarnya Telinga Berdesing?

Pernahkah anda terjaga tengah malam kerana bunyi “ngiiiing” di telinga walaupun suasana sekeliling sunyi? Saya pernah alaminya dan ia memang menjengkelkan!

Kadangkala, ianya boleh disebabkan oleh hal-hal remeh seperti tahi telinga yang tersumbat.

Ya, sesuatu yang nampak tidak penting itu boleh mengubah cara bunyi merambat dalam telinga kita!

Telinga berdesing, atau nama saintifiknya dikenali sebagai tinnitus, bukanlah penyakit tetapi simptom persepsi bunyi tanpa sumber luaran.

Bunyi ini mungkin berbentuk deringan, dengungan, atau desisan yang kadang membuatkan kita rasa seperti nyamuk sedang terbang di sebelah telinga.

Keadaan ini berlaku apabila sel-sel rambut dalam koklea mengalami kerosakan.

Koklea adalah struktur berbentuk lingkaran di telinga dalam yang mengandungi cecair perilimfa dan sel rambut penting.

2. Kenapa Telinga Saya Berdesing, Apa Punca Dia?

Gambarajah anatomi masalah pendengaran menunjukkan telinga dengan label gelombang bunyi, tinnitus, koklea (siput), dan sel-sel saraf yang rosak.

2.1. Pendedahan kepada Bunyi Bising

Saya yakin ramai daripada kita pernah pergi konsert dan pulang dengan telinga berdengung, kan?

Ini kerana bunyi yang terlalu kuat (melebihi 85 dB) menyebabkan tekanan pada gegendang telinga dan sel-sel rambut telinga kita.

Bunyi bising dari:

  • Konsert dan kelab malam
  • Tempat pembinaan
  • Penggunaan fon telinga dengan volume tinggi

Semua ini menjadi punca telinga berdesing dan boleh menyebabkan kehilangan pendengaran secara perlahan-lahan.

BTW, saya tahu anda suka dengar lagu dengan volume penuh, tapi telinga anda tidak suka! :/

2.2. Masalah Kesihatan dan Ubat-ubatan

Doktor memeriksa telinga pesakit menggunakan otoskop dalam situasi pemeriksaan perubatan.

Kadangkala telinga berdesing bukanlah kerana anda sendiri merosakkan telinga (walaupun itu mungkin juga sebabnya, hehe). Ia mungkin disebabkan:

  • Jangkitan telinga
  • Tekanan darah tinggi
  • Kesan sampingan ubat-ubatan tertentu
  • Penuaan (maaf mengingatkan anda tentang ini)

Ubat-ubatan ototoksik seperti aspirin dos tinggi atau antibiotik tertentu boleh merosakkan sel rambut telinga. Jadi, jika telinga mula berdesing selepas makan ubat baru, mungkin ada kaitannya.

Bagi sesetengah ubat ototoksik seperti antibiotik gentamicin, ia merosakkan sel rambut melalui pengumpulan radikal bebas dan mengganggu saluran darah kecil yang membekalkan oksigen ke telinga dalam.

Bayangkan sel rambut telinga anda diserang oleh sekumpulan anarkis mikroskopik!

Selain itu, stres pon iya juga. Pernahkah anda rasa telinga berdesing lebih teruk ketika anda stres? Tahukah anda kenapa?

Hormon kortisol yang dilepaskan ketika stres sebenarnya memburukkan hiperaktiviti saraf auditori anda.

Jadi tekanan kerja bukan sahaja merosakkan kesihatan mental, tetapi juga menjejaskan pendengaran anda.

Lebih menakutkan, kajian menunjukkan 60% pesakit tinnitus melaporkan simptom kemurungan atau gangguan tidur.

Apakah punca, apakah akibat? Seperti persoalan ayam dan telur, tiada yang tahu dan pasti. Yang pasti, kesihatan mental sangat berkait dengan kesihatan telinga anda.

3. Jenis-Jenis Telinga Berdesing

Tahukah anda tinnitus ada dua jenis utama? Serius!

Tinnitus subjektif adalah jenis paling biasa (90% kes) dan hanya anda boleh mendengarnya. Ia seperti lagu rahsia yang dimainkan khas untuk anda – cuma lagu yang sangat menjengkelkan!

Tinnitus objektif jarang berlaku dan disebabkan oleh sumber bunyi fizikal seperti aliran darah tidak normal di sekitar telinga. Doktor boleh mendengarnya menggunakan stetoskop.

Setidaknya kali ini orang lain boleh sahkan anda tidak gila. 😛

4. Bagaimana Mengatasi Telinga Berdesing?

Sekarang untuk bahagian yang anda tunggu-tunggu – cara mengatasinya:

  1. Terapi bunyi – Gunakan bunyi latar untuk menutupi desingan, guna app White Noise
  2. Kurangkan tekanan – Ya, tekanan memburukkan keadaan. Cuba teknik relaksasi seperti menarik nafas dalam-dalam selama beberapa minit
  3. Lindungi pendengaran – Pakai penyumbat telinga di tempat bising
  4. Dapatkan bantuan profesional – Jika berterusan, jumpa doktor

Saya sendiri dapati mendengar bunyi hujan atau ombak sangat membantu menutupi desingan telinga. Cuba aplikasi white noise di telefon anda sebelum tidur!

Terdapat pelbagai aplikasi untuk tinnitus di Play Store dan App Store yang boleh anda cuba.

5. Kesimpulan

Telinga berdesing, walaupun menjengkelkan, biasanya bukanlah tanda masalah serius. Namun, jika ia mengganggu tidur atau aktiviti harian anda, jangan teragak-agak untuk berjumpa doktor.

Ingat: Mencegah lebih baik daripada merawat. Jaga kesihatan telinga anda seperti anda menjaga telefon pintar – dengan penjagaan rapi dan perhatian.

Jadi, sudahkah anda mula menghargai ketika telinga anda sudah sembuh? Saya rasa ia adalah salah satu nikmat yang sering kita ambil ringan sehingga kita mengalami telinga berdesing!

Azli
Azli
Passionate Editor-in-Chief at MixNews.net, I thrive on delivering a blend of top news and enriching lifestyle content. With a keen eye for detail and a heart for community, I lead our team to inform, engage, and inspire every reader.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

4FansLike
0FollowersFollow
7FollowersFollow
0FollowersFollow
8SubscribersSubscribe

Other Articles